TUNIS, 19 DIS – Kira-kira 20 pendatang maut dalam kejadian bot karam di bandar Sfax di timur Tunisia, manakala lima lainnya telah diselamatkan, kata Pengawal Kebangsaan yang menyelia pengawal pantai hari ini.
“Unit maritim telah menemukan 20 mayat dan pencarian masih diteruskan selepas mereka dapat menyelamatkan lima pendatang yang berasal dari Afrika sub-Sahara dari sebuah bot yang karam di El Louza, utara Sfax,” kata satu kenyataan.
Menurut Pengawal Kebangsaan, bot itu berlepas kira-kira jam 11 malam Selasa lalu dari kawasan Chebba di utara Louza, sebelum karam kira-kira 25 kilometer dari pantai.
Pada 12 Disember lalu, pengawal pantai berkata sembilan pendatang mati manakala 27 yang berasal dari negara Afrika sub-Sahara telah diselamatkan dan enam lagi hilang. – AFP