Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bot nelayan Jepun hanyut, 1 maut

    TOKYO, 4 MAC – Seorang maut dan 24 yang lain diselamatkan hari ini selepas bot nelayan mereka kehilangan kuasa dan hanyut ke kawasan berbatu di laut bergelora di luar Jepun, kata pengawal pantai.

    Rakaman televisyen yang dramatik menunjukkan sisi kapal sepanjang 56 meter itu dipukul ombak ketika anak kapal berhimpit di atas dek dan sebuah helikopter berlegar di udara.

    Anak kapal penangkap ikan tuna itu terdiri daripada lima warga Jepun dan 20 warga Indonesia.

    Kapal itu mengalami masalah enjin pada petang Ahad di luar kepulauan Izu di selatan pulau utama Jepun, Honshu, kata jurucakap pengawal pantai kepada AFP.

    Dalam operasi yang melibatkan bot peronda dan helikopter itu, semua kecuali seorang daripada anak kapal telah diselamatkan pagi hari ini, katanya.

    Mayat anak kapal Jepun yang hilang kemudian ditemui, kata pengawal pantai. – AFP

    Gambar oleh Ibu Pejabat Pengawal Pantai Wilayah Ketiga Jepun menunjukkan sebuah helikopter menjalankan operasi menyelamat selepas sebuah kapal kehilangan kuasa dan hanyut di Pulau Kozushima, selatan Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...