Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot tentera elit terbalik di perairan

    YAOUNDE, 17 Julai – Bot membawa puluhan tentera dari pasukan elit Rapid Intervention Brigade Cameroon terbalik di perairan barat daya negara itu, kata sumber keselamatan.

    Sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, bot yang membawa puluhan anggota tentera, termasuk seorang kolonel itu terbalik semalam waktu tempatan, antara bandar Limbe dan Bakassi.

    Pasukan The Rapid Intervention Brigade adalah barisan hadapan tentera Cameroon yang berjuang menentang militan Boko Haram di wilayah utara.

    “Pihak tentera sudah memulakan usaha mencari,” kata sumber.

    Difahamkan, sekurang-kurangnya satu mayat sudah ditemui. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda