Saturday, March 22, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot terbalik di Florida, puluhan hilang

    MIAMI, 26 JAN – Pengawal Pantai AS telah melancarkan pencarian untuk 39 orang yang dilaporkan hilang apabila sebuah bot terbalik di pantai Florida dalam ‘perjalanan disyaki berkaitan penyeludupan manusia.”

    Pengawal Pantai di Miami berkata kelmarin ia menerima laporan ‘daripada orang baik hati’ yang menyelamatkan seorang lelaki ‘berpaut pada kapal yang terbalik kira-kira 45 batu di timur Fort Pierce Inlet’.

    Mangsa yang terselamat berkata bot itu meninggalkan Bimini di Bahamas Sabtu lalu dan berdepan cuaca buruk sebelum ia terbalik.

    “Menurut mangsa yang terselamat, tiada sesiapa yang memakai jaket keselamatan,” menurut kenyataan tersebut.

    “Kru-kru aset udara dan permukaan Pengawal Pantai sedang giat mencari mangsa. Ini adalah perjalanan yang disyaki melibatkan penyeludupan manusia,” menurut kenyataan dalam laman sosial Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda