Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot terbalik di Tanzania

    DAR ES SALAAM, 26 FEB – Pasukan penyelamat Tanzania menemukan dua mayat murid yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di sungai Luiche pada Jumaat.

    Komander Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanzania di wilayah Kigoma, Jacob Chacha berkata dalam kejadian kira-kira 7:30 pagi itu, empat murid dilaporkan hilang dan dua mayat sudah ditemukan 24 jam selepas kejadian.

    “Mayat murid darjah dua dan murid darjah lima itu ditemukan terapung berhampiran Tasik Tanganyika,” kata Chacha pada sidang akhbar pada Sabtu, lapor Xinhua.

    Beliau berkata misi mencari dua lagi murid yang dilaporkan hilang masih dijalankan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda