Penampilan model Gigi Hadid menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memakai cincin emas di jari manis sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang turut diraikan oleh teman lelaki iaitu pelakon Bradley Cooper.
Daily Mail melaporkan, menerusi beberapa video tular di media sosial, Gigi dan Bradley dilihat berjalan dengan mesra menuju ke sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.
Gigi kelihatan bergaya dengan busana gaya potongan ringkas rona putih bersama seluar kulit dengan mengenakan aksesori barangan kemas.
Sementara itu, Bradley memakai jaket dengan kemeja hitam tersenyum sambil berjalan seiringan menuju ke restoran berkenaan.
Selain Bradley, beberapa selebriti lain turut menyertai acara sambutan ulang tahun tersebut termasuk kakak Gigi iaitu Bella Hadid, pelakon Anne Hathaway, Will Arnett, Tan France dan Martha Hunt.
Sebelum ini, Gigi dan Bradley mencetus khabar angin percintaan mereka pada awal Oktober 2023 apabila dilihat makan di sebuah lokasi terkenal di Via Carota dan pulang dengan kereta sama.
Pasangan ini kemudiannya dilihat kembali ke Big Apple selepas menghabiskan masa dengan percutian romantik.
Untuk rekod, Gigi mempunyai seorang cahaya bersama bekas kekasihnya Zayn Malik iaitu Khai yang kini berusia tiga tahun manakala Cooper dan bekas isterinya model Irina Shayk berkongsi anak perempuan berusia enam tahun iaitu Lea De Seine. – Agensi
