Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama

    BEIJING, 23 OKT – Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diketengahkan Presiden China Xi Jinping hadir tepat pada masanya dan telah mencapai kemajuan positif, kata Presiden Rusia, Vladimir Putin.

    Beliau berkata BRI menghimpunkan tenaga semua negara ke arah merealisasikan matlamat pembangunan bersama.

    “Inisiatif itu sangat baik. Konsep kerjasama yang dicadangkan China amat bagus kerana ia merangkumi rangka kolaborasi tanpa sebarang paksaan.

    “Semua kerja adalah mengenai penerokaan pendekatan yang boleh diterima semua untuk mencapai matlamat bersama,” kata beliau semasa temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG).

    Putin berkata China tidak mengamalkan pendekatan secara paksa, sebaliknya menawarkan banyak peluang. Beliau turut memuji pembinaan bersama BRI memperlihatkan Presiden Xi mempunyai visi berorientasikan masa depan.

    Rusia merupakan pembekal tenaga terbesar China, manakala China beransur-ansur menjadi rakan dagang terbesar bagi negara itu.

    Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dijangkakan melebihi AS$200 bilion menjelang akhir tahun ini. – Bernama

    Gambar serahan agensi Sputnik menunjukkan Vladimir Putin mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan di Moscow pada 20 Oktober 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...