Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis tahan lelaki intai wanita di tandas

    PASIR GUDANG, 23 OKT – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia, kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis. 

    “Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata permohonan reman atas suspek juga akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini, untuk siasatan lanjut. 

    “Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” tambahnya. 

    Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan seorang lelaki bertudung memasuki tandas wanita, sebelum perbuatannya itu berjaya dikesan lalu ditangkap oleh orang awam serta disoal siasat oleh seorang wanita dipercayai mangsa, di pasar raya berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...