Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Britney Spears dedah gugurkan kandungan anak Justin Timberlake

    Penyanyi Hollywood, Britney Spears mendedahkan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan bersama bekas kekasihnya iaitu Justin Timberlake.

    Memetik dari mStar, Britney, 42, berkata tindakan tersebut dilakukan kerana ketika itu Justin belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.

    Menurutnya lagi, dia berkemungkinan tidak akan melakukan prosedur menggugurkan kandungan itu sekiranya keputusan hanya dibuat oleh dirinya sendiri.

    “Justin tidak gembira dengan berita kehamilan saya. Katanya dia tidak bersedia untuk memiliki anak dalam hidup kami kerana terlalu muda.

    “Jika saya sendiri, mungkin saya tidak akan melakukannya. Namun Justin tidak yakin dia boleh menjadi seorang bapa,” katanya.

    Britney menulis perkara tersebut dalam buku biografi dirinya berjudul The Woman in Me.

    Britney sebelum ini pernah bercinta dengan Justin ketika dia berusia 17 tahun dan mereka berpisah pada 2002.

    Dalam buku tersebut, penyanyi ini turut memberitahu pengalaman itu adalah antara yang paling menyeksakan hidupnya.

    Meskipun dia mencintai Justin, namun keputusan menggugurkan kandungan perlu dilakukan tanpa kerelaan hati sendiri.

    “Kehamilan itu satu kejutan namun bukan tragedi buat saya. Saya amat mencintai Justin dan berharap (ketika itu) kami akan membina keluarga bersama.

    “Sehingga hari ini ia merupakan satu pengalaman yang paling menyeksakan dalam hidup saya,” ujarnya. – Agensi

    Justin Timberlake dan Britney Spears muncul pada perlawanan NBA All-Star 2002 di Philadelphia pada 10 Februari 2002. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...