Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BRUFA, IBE kerjasama majukan industri maritim

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Brunei Freight Forwarders Association (BRUFA) dengan kerjasama Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan di Pelabuhan Muara untuk memupuk kerjasama dan dialog mengenai industri maritim di negara ini.
     
    Presiden BRUFA, Thomas Koh dalam ucapannya berkata, sesi pertemuan itu berfungsi sebagai platform untuk perbincangan yang membina dan berkongsi pengetahuan, selain menyediakan kemas kini semasa bagi meningkatkan lagi kecekapan, kemampanan dan daya saing dalam sektor maritim. 
     
    Antara pihak berkepentingan yang menghadiri sesi tersebut termasuk Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Awang Hairol Nizam bin Haji Abdul Hamid; Pemangku Pengawal Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Awang Mohd Azizil Hakim bin Haji Brahim, dan wakil daripada Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), Presiden Dewan Perniagaan Melayu Brunei dan Cina, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIBD), Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) dan Syarikat Pelabuhan Muara Sdn Bhd (MPC). 
     
    Semasa sesi itu, IBE juga mengingatkan setiap pemegang kepentingan untuk bekerjasama dan menyumbang bagi membina ekonomi yang dinamik dan mampan seperti yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035.
     
      Dengan pengembangan MPC, industri maritim telah menunjukkan kemajuan terkini dan usaha untuk meningkatkan kesalinghubungan, meningkatkan kecekapan, dan menggalakkan amalan mampan dalam sektor maritim akan diteruskan.
     
    Sesi tersebut diakhiri dengan lawatan ke Terminal Pelabuhan Muara dan kemudahan untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang perkhidmatan yang disediakan di MPC dan rancangannya pada masa depan.
     
    Gambar ramai kakitangan dalam pertemuan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BRUFA
    GAMBAR SERAHAN BRUFA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...