Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BruHealth terima pengiktirafan APICTA 2022

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Produk Kementerian Kesihatan, BruHealth, baru-baru ini telah memenangi anugerah pada APICTA 2022 di Islamabad, Pakistan dalam kategori penglibatan dan perkhidmatan komuniti untuk kesihatan dan kesejahteraan.

    Dengan kemenangan tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berpendapat bahawa ia bukan sahaja tentang Kementerian Kesihatan tetapi kemenangan untuk keseluruhan negara.

    Kerana sesuatu sistem itu dikira bernilai jika ia dapat digunakan, kalau tidak digunakan ia tidak juga dapat menyejahterakan masyarakat, jelas beliau semasa sesi soal jawab pada Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan melahirkan rasa syukur kerana BruHealth mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa, dan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana dengan kepimpinan Baginda juga yang berhasrat menuju ke arah wawasan 2035 iaitu ICT atau era digital untuk diperkasakan lagi.

    Menurut beliau lagi, komitmen keseluruhan negara bukan sahaja dari segi pihak kerajaan tetapi juga dari pihak orang ramai dengan penggunaannya bukan sahaja boleh menolong mengawal penularan wabak COVID, tetapi apa yang penting ia akan memperkasakan setiap warganegara atau penduduk negara ini untuk meningkatkan kefahaman ataupun pendirian diri dari segi kesihatan masing-masing kerana ia adalah mengenai pemerkasaan penjagaan kesihatan kepada setiap individu.

    “Alhamdulillah, Insya-Allah dengan BruHealth ini kita akan dapat memberigakan lagi mengenai dengan kesihatan dengan lebih baik dan lebih terurus, dan tanpa ada orang tercicir,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda