Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Brunei-Australia meterai MoU kerjasama produk terapeutik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Negara Brunei Darussalam dan Australia memperkukuhkan lagi kerjasama kedua-dua buah negara dalam bidang kesihatan melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Autoriti Kawalan Ubat-ubatan Negara Brunei Darussalam (BDMCA), Kementerian Kesihatan dan Therapeutic Goods Administration (TGA) The Department of Health and Aged Care, Australia, yang berlangsung secara maya, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, penandatanganan MoU berkenaan telah disaksikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr Ang Swee Hui dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan kementerian itu.

    MoU menumpukan usaha kerjasama dalam produk terapeutik iaitu menggalakkan perkembangan aktiviti kerjasama yang berkaitan dengan peraturan produk terapeutik, memudah cara pertukaran maklumat mengenai rangka kerja peraturan produk terapeutik sebelum dan selepas pasaran.

    Ini termasuklah maklumat berkaitan dokumen panduan, dasar, amalan, piawai dan kaedah serta sistem ujian untuk pemantauan, termasuk melaporkan sebarang isu keselamatan produk terapeutik yang berpotensi boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap pengguna.

    Penandatanganan MoU bersama pihak TGA secara maya.
    Haji Maswadi dan para pegawai kanan Kementerian Kesihatan semasa menghadiri majlis penandatanganan MoU tersebut.

    Di samping melindungi keselamatan pengguna produk terapeutik, persetujuan kerjasama itu juga meliputi usaha ke arah mempromosikan kesihatan penduduk di negara masing-masing.

    Semasa majlis berkenaan, Haji Maswadi menyuarakan kepentingan bagi kedua-dua buah negara untuk bekerjasama dalam memastikan penambahbaikan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan produk terapeutik.

    Pada masa yang sama, beliau juga berharap melalui MoU berkenaan, kedua-dua buah negara akan dapat bekerjasama ke arah pertukaran maklumat dan kepakaran yang bermanfaat khususnya dalam merangka peraturan ke arah pengawalan produk terapeutik.

    Haji Maswadi juga menekankan kerjasama dalam pengawalan produk terapeutik melalui pertukaran maklumat dan kepakaran itu, akan meningkatkan keupayaan kedua-dua buah negara dalam memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk di rantau masing-masing adalah terpelihara.

    Penandatanganan MoU itu juga adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kesihatan dalam mendukung kepelba-gaian dan kualiti perkhidmatan perubatan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam di samping pembangunan kapasiti bagi warga profesional kesihatan di antara BDMCA, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam dan TGA, The Department of Health and Aged Care, Australia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...