Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei berpotensi jadi penyedia teknologi petani bandar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Negara Brunei Darussalam berpotensi untuk menjadi salah sebuah negara penyedia teknologi petani bandar (urban) bagi rantau Asia Tenggara.

    Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong berkata, matlamat utama negara adalah untuk mengembangkan teknologi berkenaan supaya dapat menjana hasil yang lebih besar, berkualiti tinggi, organik dan segar supaya dapat meningkatkan keupayaan sara diri makanan negara serta meningkatkan lagi produktiviti melalui kaedah pertanian moden.

    Usaha itu sudah tentu dapat memperbaiki lagi daya saing dan potensi eksport negara serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selaras dengan Pelan Strategik 2016-2020 Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), kata beliau ketika berucap pada majlis Perasmian MADGrow Tech di Bangunan KSSUP, Jalan Menteri Besar, hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda