Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Ketika ini, pelancong-pelancong Korea lebih cenderung untuk melancong ke destinasi pelancongan yang bersih dan selamat, lebih-lebih lagi selepas pandemik COVID-19. Dengan keindahan, keamanan dan kebersihan persekitaran Negara Brunei Darussalam, adalah tidak mustahil untuk menjadikan faktor-faktor berkenaan sebagai tarikan bagi pelawat dan pengunjung dari luar negara