BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Kes jangkitan harian COVID di Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan peningkatan di mana 146 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini. Jumlah itu termasuk 134 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan 12 kes hasil daripada 585 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.