Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei catat peningkatan kes import COVID-19

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Sebanyak 48 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 16,132 orang.

    Daripada jumlah kes baru tersebut, 20 adalah kes tempatan dan 28 lagi adalah kes import, menurut kenyataan akhbar mengenai jangkitan harian di negara ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 2,763 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.7 peratus.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes berada dalam kategori 4 dan dalam kategori 5.

    Sementara itu, 32 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,664 kes 366 kes aktif. Kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 9 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, 94.8 peratus menerima satu dos, 93.9 peratus menerima dua dos dan 37 peratus menerima tiga dos.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda