Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei jalin hubungan diplomatik

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Saint Kitts and Nevis mulai 21 Februari 2017.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, hari ini, majlis menandatangani kenyataan bersama penjalinan hubungan diplomatik berkenaan telah diadakan di Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

    Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah diwakili oleh Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB, Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail. Sementara itu, kerajaan Saint Kitts and Nevis diwakili oleh Wakil Tetap Saint Kitts and Nevis ke PBB, Sam T. Condor.

    Manakala itu, semalam, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga mengumumkan bahawa kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Kosovo bermula 20 Februari 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda