Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei Masters sapu perak di kejohanan sofbol Asia

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pasukan sofbol lelaki, Brunei Masters berjaya meraih pingat perak dalam Kejohanan Sofbol Masters Asia 2024 selepas tewas 5-0 kepada Kobra Masters dari Indonesia dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

    Dalam kategori lelaki, Hong Kong Masters memenangi pingat gangsa manakala MY Masters dari Malaysia berada di tempat keempat.

    Sementara itu, Brunei Ladies gagal mara ke perlawanan akhir setelah keputusan seri 7-7 menentang Singapura tidak mencukupi untuk melayakkan mereka, berdasarkan kelayakan teknikal perbezaan larian.

    Brunei Ladies akhirnya menamatkan saingan di tempat keempat setelah tewas 9-2 kepada pasukan Angels dari Thailand, yang meraih gangsa.

    Pingat emas dalam kategori wanita dimenangi oleh pasukan Kobra Ladies dari Indonesia, sementara SG Queens dari Singapura berjaya membawa pulang perak.

    Pada majlis makan malam gala penyampaian hadiah, Lulu Ammarah Maganda daripada pasukan Brunei Ladies dianugerahkan Pemain Pertahanan Terbaik, manakala Anthony Atienza Olaez daripada pasukan Brunei Masters dianugerahkan Anugerah Pitcher Terbaik.

    Pasukan sofbol lelaki yang menyertai kejohanan tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN PASUKAN SOFBOL BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda