Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Dalam menghidupkan malam Nisfu Syaaban, Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Khas telah diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, kelmarin.
Hadir selaku tetamu khas di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, para pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU serta jemaah masjid.
Acara diisi dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang fardu Maghrib, dengan memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadaNya, dan memohon agar dijauhkan daripada bala bencana serta memohon agar dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat.


