Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Brunei, Singapura komited lindungi alam sekitar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Menteri-menteri berkaitan dengan alam sekitar dan perubahan iklim Negara Brunei Darussalam dan Singapura menegaskan semula hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua buah negara.

    Pada masa yang sama, para menteri mengesahkan komitmen untuk memupuk perkembangan yang berterusan dan mengukuhkan kerjasama dalam perlindungan alam sekitar serta perubahan iklim.

    Penekanan berkenaan dibuat semasa Pertukaran Lawatan Tahunan Brunei Darussalam-Singapura (BSAEV) ke-16, di bawah rangka Memorandum Persefahaman (MoU) Dua Hala mengenai Hal Ehwal Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang diperbaharui pada 2022, yang diadakan di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Sebelum mesyuarat peringkat menteri diadakan, Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Brunei Darussalam-Singapura mengenai Alam Sekitrar (BSJCE) ke-16 telah diadakan.

    Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid mengetuai delegasi dari Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa bergambar ramai pada BSJCE ke-16. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

    Delegasi berkenaan terdiri daripada Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, pegawai-pegawai kanan dari JASTRe serta Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dan Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Puan Yang Terutama Grace Fu telah mengetuai delegasi Singapura yang terdiri daripada Setiausaha Tetap, Stanley Loh dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan dan PUB (Agensi Kebangsaan Singapura).

    Semasa mesyuarat itu, menteri-menteri yang bersidang mengambil maklum mengenai perkembangan projek-projek dan program-program yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua buah negara dalam bidang pengurusan sisa pepejal, pengurusan kualiti udara, pengurusan sumber air, program belia alam sekitar dan perubahan iklim.

    Inisiatif-inisiatif terbaharu Negara Brunei Darussalam dalam pengurusan sisa pepejal termasuk melaratkan pemasangan sistem kamera pengawasan ke dua buah daerah yang lain, iaitu Daerah Tutong dan Belait, di lokasi-lokasi yang strategik di mana ia berjaya mengenal pasti pesalah dan mengenakan denda kompaun, peringkat akhir penggubalan Peraturan Pengurusan Sisa Buangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...