Ahad lalu merupakan hari terakhir bagi gerai-gerai perayaan yang diadakan bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76. Setelah beberapa hari ibu kota dimeriahkan dengan lampu-lampu cucul, kemeriahan gerai-gerai perayaan dan kesibukan orang ramai yang mengunjungi, kini ibu kota boleh dikatakan kembali suram