Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    BSBIA anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Persatuan India Bandar Seri Begawan (BSBIA) dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan kempen derma darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kempen tersebut diadakan di bawah naungan Azadi Ka Amrit Mahotsav (#AKAM) bagi memperingati lima tonggak perjuangan kemerdekaan India iaitu ‘Pencapaian pada 75’, ‘Idea pada 75’, ‘Tindakan pada 75’ dan ‘Menyelesaikan pada 75’.

    Menghargai sumbangan masyarakat India dalam menyatukan hubungan India dan Brunei, Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei, Tuan Yang Terutama Alok A. Dimri merakamkan terima kasih ke-pada masyarakat India atas penyertaan mereka yang bersemangat dalam memacu dan memajukan semangat ‘Vasudhaiva Kutumbakam’.

    BSBIA dan Suruhanjaya Tinggi India di Brunei telah mengadakan kempen derma darah bersempena memperingati kemerdekaan mereka. – Gambar serahan BSBIA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...