Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    BSBIA, JASTRe tanam 78 pokok akasia

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, lebih 80 ahli komuniti India pagi tadi mengadakan acara menanam pokok anjuran Persatuan India Bandar Seri Begawan (BSBIA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), bertempat di Taman Berakas, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Hadir dan turut serta dalam acara yang juga dihasratkan untuk menyahut seruan dalam menyokong usaha agensi-agensi kerajaan untuk memulihara alam sekitar berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri.

    Turut hadir ialah Presiden BSBIA, Murugesan, dan Naib Presiden BSBIA, Sujaya Kamat.

    Pada majlis itu, BSBIA menyatakan penghargaan kepada TYT Alok Amitabh Dimri dan semua yang hadir bagi sama-sama menjayakan acara tersebut.

    Ia juga menyatakan harapan agar kegiatan itu akan menanamkan perasaan cinta kepada alam sekitar dan sama-sama menyokong inisiatif pemuliharaan alam semula jadi.

    Terdahulu, TYT Alok Amitabh Dimri dalam kata alu-aluannya menyatakan penghargaan kepada komuniti India di Negara Brunei Darussalam yang terus memberikan sokongan serta menyumbang secara positif kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Brunei.

    Beliau turut menyatakan harapan bahawa projek seumpamanya akan dapat diteruskan pada masa akan datang di mana komuniti India di Brunei sama-sama memainkan peranan untuk memulihara alam semula jadi dan persekitaran.

    Majlis kemudian menyaksikan penanaman sejumlah 78 pohon pokok akasia yang didahului oleh TYT Alok Amitabh Dimri dan diikuti ahli-ahli komuniti India yang sama-sama hadir pada acara itu.

    TYT Alok Amitabh Dimri merasmikan penanaman pokok akasia pada acara tersebut. – GAMBAR Persembahan K-pop bagi memeriahkan lagi suasana. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...