BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), telah melancarkan edisi terhad hadiah eksklusif Shell Helix Toolkit bermula hari ini untuk setiap pembelian minyak pelincir yang terpilih.
Hadir pada sidang media yang berlangsung di Pejabat BSM di Bangunan PGGMB itu bagi menjelaskan mengenai promosi berkenaan ialah Customer Excellence Implementer, Awang Waliyuddini Zaini dan Retail Executive, Dayang Siti Fairuzhaironnie binti Dato Paduka Haji Wahab. Promosi edisi terhad toolkit ini hanya eksklusif di stesen minyak yang mengambil bahagian dalam promosi berkenaan. Bagi setiap pembelian satu botol minyak pelincir Shell untuk 4 liter bagi Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Ultra 5W-40, Shell Rimula R6 LM 10W-40, pelanggan layak menerima satu Shell Helix Toolkit secara percuma.
Manakala bagi Shell Helix H7 10-40, pemberian percuma Toolkit hanya layak untuk pembelian dua botol Shell Helix H7 10-40.
Shell Helix Toolkit ini mengandungi 21 alatan seperti soket dan pemutar skru dengan berbilang lampiran, pita pengukur dan pisau pen dalam sarung kotak pelincir mini untuk penyimpanan yang mudah dalam setiap kereta dan untuk kegunaan semasa dalam perjalanan.
Minyak motor sintetik Shell dihasilkan daripada 100 peratus stok asas sintetik dan dirumus dengan teknologi Pure Plus Shell unik untuk mencapai tahap prestasi enjin yang lebih tinggi dan tahan lama berbanding kedua-dua teknologi sintetik dan minyak mineral serta teknologi adaptif Shell Rimula memberikan perlindungan yang luar biasa.
Promosi ini hanya tersedia untuk pelincir terpilih untuk pasaran Brunei di stesen runcit yang mengambil bahagian sahaja.


