Saturday, March 29, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buah pinggang gagal selepas bertaruh lakukan 2,000 squat

    MOSCOW, 26 MAC – Seorang pemuda di Rusia terpaksa dimasukkan ke hospital dan dirawat kerana kegagalan buah pinggang selepas melakukan senaman 2,000 squat untuk memenangi pertaruhan dengan rakannya.

    Doktor di jabatan nefrologi di Hospital Klinikal Vladivostok No 2, di Primorsky Krai, Rusia, baru-baru ini melaporkan kes luar biasa seorang lelaki awal 20-an yang dimasukkan ke hospital dengan fungsi buah pinggang yang terjejas teruk akibat senaman fizikal melampau.

    Pesakit memberitahu doktor bahawa masalahnya bermula selepas memenangi pertaruhan dengan rakan yang mencabarnya untuk melakukan 2,000 squat dalam tempoh masa tertentu. Yakin dengan keupayaan fizikalnya, dia menerima cabaran tersebut, tetapi selepas menyelesaikan senaman itu, dia mula mengalami simptom yang membimbangkan.

    Kakinya menjadi sakit dan bengkak, air kencingnya bertukar coklat gelap, dan tidak lama kemudian, dia tidak dapat membuang air kecil langsung.

    Bimbang dengan keadaan dirinya, dia kemudiannya mendapatkan bantuan perubatan dan didiagnosis dengan rhabdomyolysis.

    Pemuda berusia 20-an itu bernasib baik kerana doktor berjaya merawat kegagalan buah pinggang akut tanpa perlu menjalani dialisis, tetapi kerosakan yang disebabkan oleh rhabdomyolysis pada buah pinggangnya memerlukan masa untuk pulih.

    Fungsi buah pinggangnya masih berkurangan, dan dia perlu menjalani rawatan pemulihan yang boleh mengambil masa antara tiga bulan hingga setahun.- Agensi

    Gambar hiasan Pexel

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda