Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang sampah, syarikat didenda $200

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Sebuah syarikat telah dikenakan denda kompaun $200 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 kerana didapati membuang sampah di tempat awam.

    Syarikat berkenaan dikehendaki membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dan jika gagal membayarnya boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama, manakala, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sampah yang dibuang di tempat awam. – Gambar serahan Jab. Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda