Sunday, December 29, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buat sendiri martabak daging

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Martabak daging suatu hidangan popular dari Asia Selatan dan beberapa negara Arab itu mudah diterima dalam masyarakat Melayu di sini, malah diminati pelbagai bangsa.

    Hidangan ini hampir mirip seperti roti canai cuma nipis dari martabak dengan elemen utamanya adalah tepung, air dan minyak.

    Kulit martabak dihasilkan daripada adunan tepung yang diuli hingga lembut dan elastik, kemudian dileperkan hingga nipis.

    Inti daging pula biasanya terdiri daripada daging cincang, dicampur dengan bahan seperti bawang, bawang putih, daun bawang, telur dan rempah seperti serbuk kari. Intinya kemudian dibalut dengan doh dan digoreng hingga keemasan.

    Martabak daging sering dinikmati sebagai hidangan ringan atau makanan jalanan dan lazimnya dihidangkan dengan kuah kari dan sebagainya menjadikannya kegemaran ramai.

    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat martabak daging terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan untuk kulit martabak adalah seperti tepung gandum, air, garam dan minyak masak, manakala bahan-bahan yang diperlukan untuk inti daging adalah seperti daging cincang, bawang besar, bawang putih, tangkai daun bawang, cili merah yang dihiris halus, serbuk kari daging, serbuk lada hitam, telur, garam dan gula secukup rasa dan minyak untuk menumis dan menggoreng.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk membuat kulit martabak, mula-mula di dalam bekas mangkuk, campurkan tepung, garam dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut, kemudian tambahkan minyak dan teruskan menguli hingga doh menjadi licin dan elastik.

    Setelah itu bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut saiz martabak yang diingini, bulatkan dan sapukan minyak pada setiap bahagian. Rehatkan doh kira-kira 20 minit hingga sejam.

    Manakala cara untuk menyediakan inti daging pula, mula-mula panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan serbuk kari dan lada hitam, dan tumis seketika. Setelah itu masukkan daging cincang dan goreng hingga masak sepenuhnya, tambahkan garam, gula, cili merah dan daun bawang dan kacau rata.

    Tutup api dan biarkan sejuk, selepas itu campurkan telur ke dalam inti daging yang telah sejuk.

    Cara untuk membentuk dan menggoreng martabak pula, ambil doh yang telah direhatkan, leperkan hingga nipis, kemudian letakkan inti daging di tengah-tengah doh, lipat tepi doh hingga menutupi inti dan membentuk segi empat.

    Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng martabak hingga keemasan di kedua-dua belah.

    Selepas itu angkat dan toskan minyak, potong martabak menjadi beberapa bahagian dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

    BAHAN-BAHAN:
    UNTUK KULIT MARTABAK:

    • Tepung gandum
    • air
    • garam
    • minyak masak
    Untuk inti daging:
    • daging cincang
    • bawang besar (dicincang halus)
    • bawang putih (dicincang halus)
    • daun bawang (dihiris nipis)
    • cili merah (dihiris halus)
    • serbuk kari daging
    • serbuk lada hitam
    • telur
    • garam dan gula secukup rasa
    • minyak untuk menumis dan menggoreng

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda