Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Budak melecur hampir seluruh badan dipanah petir

    KANGAR, 5 DIS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat dekat sini malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah mereka dari rumah jiran.

    Beliau berkata Nor Lelawati tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma.

    “Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yusharifuddin berkata mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...