Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budayakan pembacaan Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Sebagai usaha membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan pegawai dan kakitangannya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan di Surau, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin
    Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, setiausaha tetap dan pemangku setiausaha tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis serupa juga telah diadakan dengan Majlis Tadarus pada 4 April lalu, di Masjid Pengiran Muda Abdul Malek, Kampung Tungku.

    Ia merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan kementerian dalam bulan Ramadan, yang mana pada tahun ini, majlis telah diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin hadir selaku tetamu kehormat majlis.
    Antara pegawai dan kakitangan yang hadir pada majlis khatam Al-Quran tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda