Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku dikembalikan ke perpustakaan di Virginia selepas 50 tahun

    WASHINGTON, 28 OGOS – Sistem Perpustakaan Wilayah Appomattox di Virginia mengalami ‘pemulangan buku yang tidak diduga’ apabila sebuah naskhah Leaves of Grass karya Walt Whitman dikembalikan setelah terlewat selama 50 tahun.

    United Press International (UPI) melaporkan bahawa para pustakawan terkejut apabila mengetahui buku antologi puisi itu telah hilang untuk tempoh yang lama.

    “Dipinjam pada 1974, tahun di mana tiga perpustakaan kami digabungkan menjadi Sistem Perpustakaan Wilayah Appomattox, buku ini telah dikembalikan selepas 50 tahun,” menurut sistem perpustakaan itu di media sosial.

    Sistem perpustakaan itu menyatakan bahawa tiada denda dikenakan untuk ‘pemulangan buku yang tidak diduga’ berkenaan kerana sistem perpustakaan itu telah memansuhkan denda lewat tahun lepas.

    Tidak jelas mengapa buku yang sepatutnya dikembalikan pada 3 Jun 1974 itu mengambil masa begitu lama untuk dikembalikan. – Bernama

    Gambar UPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda