Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Fasa kedua monsun timur laut dijangka berterusan sehingga bulan Mac, namun dalam tempoh ini, keadaan atmosfera Negara Brunei Darussalam cenderung menjadi lebih stabil dengan pengura-ngan turunan hujan. Sehubungan itu, Februari dan Mac secara relatifnya dikategorikan sebagai dua bulan terkering dalam setahun dengan jumlah purata hujan terendah

