Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bulgaria tahan pekerja keselamatan didakwa mengintip

    SOFIA, 6 FEB – Bulgaria kelmarin telah menahan seorang pekerja unit Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memerangi jenayah terancang kerana disyaki mengintip untuk Rusia, kata ketua kakitangan kementerian itu.

    Media awam melaporkan pegawai Direktorat Jeneral Membanteras Jenayah Terancang (GDBOP) disyaki memberikan maklumat sulit kepada bekas pekerja kedutaan Rusia di Sofia, yang telah diisytiharkan sebagai persona non grata.

    “Seorang pekerja GDBOP telah ditahan kerana disyaki mengintip dan memihak kepada negara asing, iaitu Rusia,” kata ketua kakitangan Kementerian Dalam Negeri, Zhivko Kotsev kepada wartawan.

    Beliau enggan mengulas lanjut kerana operasi masih diteruskan, hanya menambah bahawa aktiviti haram pekerja itu telah berada di bawah pengawasan ‘selama berbulan-bulan’.

    Operasi itu dijalankan bersama Agensi Perisikan Negara bagi Keselamatan Negara (SANS) dan Pendakwaan Bandar Sofia, katanya.

    Menurut televisyen negeri, BNT, pegawai itu telah berkongsi maklumat mengenai siasatan, termasuk isu antarabangsa, yang menyiasat kemungkinan skim untuk memintas sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia oleh syarikat yang mempunyai modal Rusia.

    Bulgaria, yang dari segi sejarah dan budaya hampir sama dengan Moscow, sejak 2019 telah mengusir puluhan diplomat Rusia dan kakitangan diplomatik yang disyaki melakukan pengintipan.

    Pada Jun 2022 sahaja, Sofia mengumumkan pengusiran 70 kakitangan diplomatik Rusia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...