Monday, November 25, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunyi siren ambulans baharu kurang jelas

    Baru-baru ini, saya amat terkejut apabila tiba-tiba saja van ambulans sudah berada dekat di belakang kereta saya.

    Saya yang dalam keadaan panik segera membelok ke tepi jalan raya kerana tidak terdengar bunyi siren dari jauh.

    Tidak seperti yang dulunya, bunyi siren ambulans dapat didengari dari jauh dan para pemandu dapat bersedia untuk bergerak ke lorong kiri bagi memberi laluan.

    Tetapi apabila bunyi siren ambulans yang kurang kuat tidak didengari dengan jelas oleh pengguna jalan raya, terutamanya di kawasan lalu lintas padat atau pada waktu sibuk, ia boleh mencetuskan kemalangan kecil jika pemandunya dalam kepanikan.

    Bunyi siren yang kurang nyaring juga boleh menyebabkan kenderaan lain tidak peka atau kurang kecekapan untuk memberi laluan sehingga melambatkan ambulans menghantar bantuan kecemasan ke destinasinya.

    Di samping itu, dengan peningkatan jumlah kenderaan moden yang lebih kalis bunyi serta penggunaan alat audio di dalam kenderaan, siren yang kurang didengari mungkin tidak berkesan dalam menarik perhatian.

    Untuk mengatasi cabaran ini, mungkin boleh dipertimbangkan beberapa langkah. Salah satunya ialah penggunaan lampu kecemasan yang lebih terang supaya dapat membantu menguatkan isyarat visual kepada pengguna jalan raya.

    Selain itu, wujudkan teknologi siren pelbagai frekuensi atau sistem pintar yang boleh menyesuaikan kekuatan siren mengikut keperluan semasa sama ada di jalan raya atau kawasan kediaman mahupun hospital.

    Si Pengingau

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda