Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Butler alami kecederaan ligamen lutut

    MIAMI, 19 APRIL – Bintang Miami Heat, Jimmy Butler bakal terlepas perlawanan penting play-in menentang Chicago Bulls hari ini berikutan laporan bahawa dia mengalami kecederaan ligamen lutut.

    Butler cedera dalam satu perlanggaran dengan Kelly Oubre Jr, yang terjatuh di atas kaki kanan Butler pada lewat suku pertama berikutan kekalahan 105-104 kepada Philadelphia 76ers Rabu lalu.

    Butler terus bermain dan menamatkan perlawanan dengan 19 mata dan lima steals tetapi berjalan terpincang-pincang pada penghujung perlawanan.

    Tiada kenyataan rasmi diberikan mengenai status Butler tetapi laporan media mengatakan dia mengalami kecederaan pada ligamen MCL dan dijangka tidak beraksi selama beberapa minggu, yang akan menjadi tamparan hebat kepada Miami sekiranya mereka mara ke playoff.

    The Athletic memetik sumber liga yang mengatakan bahawa Butler tidak akan beraksi dalam beberapa minggu selepas apa yang mereka katakan ditakuti sebagai kecederaan MCL.

    Butler (kanan) menerima rawatan pada semasa separuh masa pertama perlawanan kejohanan bola keranjang NBA di Philadelphia pada 17 April. – AP

    ESPN berkata sumber mereka telah me-nunjukkan bahawa Butler akan tidak beraksi selama beberapa minggu disebabkan MCL.

    Butler berkata selepas perlawanan bahawa dia akan menjalani imbasan MRI pada Khamis.

    Pemenang pertembungan penyingkiran Heat dengan Bulls akan mengambil tempat kelapan di Eastern Conference dan memperoleh siri playoff pusingan pertama menentang Boston Celtics.

    Tahun lepas, Heat mara ke dalam playoff melalui laluan yang sama dan berjaya menewaskan Boston dalam pusingan akhir Western Conference sebelum tewas kepada juara bertahan, Denver Nuggets dalam pusingan akhir NBA.

    Perjalanan yang begitu jauh tahun ini, tanpa kelibat Butler, kelihatan sangat tidak mungkin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...