Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Para pemilik kenderaan terbaharu, BYD Sealion 6, berpeluang untuk memandu kenderaan baharu mereka pulang apabila Maju Motors menyempurnakan perasmian BYD Sealion 6 bagi pasaran Brunei di Dewan Pameran BYD Maju Motors, hari ini.
Majlis pelancaran Sealion 6 disempurnakan bersama oleh Kaunselor Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam, Shi Rongke; Pengarah Urusan Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong; dan Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Stanley Lim.
Majlis dihadiri oleh lebih 300 orang jemputan di mana mereka beperluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat ciri-ciri inovatif dan teknologi cangguh BYD terkini.
Dalam ucapannya di majlis berkenaan, Chan Key Hong menyatakan penghargaan kepada para jemputan, rakan kongsi, pihak media, keluarga, rakan-rakan dan pelanggan BYD kerana sama-sama hadir untuk memeriahkan serta meraikan pelancaran itu.
Beliau menyatakan pelancaran itu menandakan satu mercu tanda signifikan dan revolusi baharu bagi BYD yang memperkenalkan DMi-Technology dengan pelancaran BYD Sealion 6 mengetengahkan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV).
Di samping itu, tambahnya, majlis itu juga menandakan satu mercu tanda signifikan bagi BYD Brunei yang menyerahkan 36 BYD Sealion kepada kesemua 30 pelanggan mereka.
Pada majlis berkenaan, Maju Motors juga mengadakan acara cabutan bertuah kepada lima pemenang bertuah dengan seorang pemenang bertuah iaitu Dayang Wardah Merkat memenangi hadiah utama cabutan iaitu servis percuma sepanjang hayat.
BYD Sealion 6 merupakan model BYD pertama yang diintegrasikan dengan teknologi terkini BYD iaitu DMi-Technology yang mengetengahkan teknolgi hibrid, PHEV.
BYD Sealion 6 merupakan kenderaan teknologi PHEV yang menampilkan 1,100 km jarak perjalanan dan 1.1 liter penggunaan dengan gabungan minyak dan bateri.
BYD Sealion 6 hadir dengan jaminan bateri lapan tahun dan jaminan kenderaan enam tahun.
Ia juga menetapkan standard baharu bagi kenderaan hibrid, menawarkan kecekapan yang tiada tandingan, ciri-ciri keselamatan canggih serta pengalaman pemanduan yang lancar.