Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America’s Got Talent

    Penyanyi Cakra Khan dilaporkan menyertai program realiti America’s Got Talent selepas dilihat memuat naik foto berlatar belakangkan poster program tersebut.

    Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 31, turut memohon doa daripada peminat agar urusannya sepanjang di Amerika Syarikat berjalan dengan baik.

    “Bismillah, mohon doa semoga semuanya diberi kelancaran. Saya mohon doa kalian.

    “Jangan lupa untuk menonton,” katanya menerusi kapsyen hantaran foto tersebut di Instagram miliknya. Hantaran tersebut mendapat reaksi positif peminat yang rata-rata memberi semangat buat penyanyi lagu Kekasih Bayangan itu menyertai program realiti berkenaan.

    Untuk rekod, America’s Got Talent kini sudah memasuki musim ke-17 sejak ditayangkan pada 2006.

    Sebelum Cakra, dua artis Indonesia pernah menyertai program realiti berkenaan adalah Demian Aditya dan The Sacred Riana. – Agensi

    Cakra Khan sertai America’s Got Talent. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda