Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Calon-calon presiden Indonesia mulakan kempen

    JAKARTA, 28 NOV – Kempen pilihan raya Indonesia secara rasmi bermula pada hari ini dengan dua daripada tiga calon presiden dalam negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu melancarkan bidaan mereka dengan ucapan awam menjelang pemilihan tahun depan.

    Pilihan raya Februari akan menyaksikan menteri pertahanan dan bekas jeneral pasukan khas, Prabowo Subianto berdepan bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan untuk mengetuai negara kepulauan majoriti Muslim itu.

    Hampir 205 juta orang layak mengundi pada 14 Februari, dengan pemenang ditetapkan untuk menggantikan Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas beliau menamatkan tempoh maksimum dua penggal memerintah ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

    Dua calon mengadakan acara kempen pembukaan berasingan pada hari ini, dengan pesaing terdekat Subianto, Pranowo memberi ucapan di wilayah timur Papua.

    “Pilihan raya ini mengingatkan kita semua, bahawa ada wilayah yang memerlukan perhatian bersama kita,” katanya di pekan Merauke.

    “Ini adalah permulaan kita bergerak bersama, permulaan kita bekerja bersama, permulaan kita menang kemudian.”

    Subianto, 72, meningkatkan margin popularitinya berbanding Pranowo, 55, menurut tinjauan pendapat yang diterbitkan bulan ini oleh Indikator Politik Indonesia.

    Calon presiden kali ketiga itu kini digemari oleh 39.7 peratus pengundi kepada 30 peratus untuk Pranowo, tinjauan itu menunjukkan, berbanding 36.1 hingga 33.7 bulan lepas. – AFP

    Seorang penjual peralatan kempen memakai ikat kepala dengan gambar calon presiden, Anies Baswedan dan calon naib presiden, Muhaimin Iskandar untuk menarik peserta semasa kempen pilihan raya pertama pasangan itu di Jakarta pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...