Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hafiz Suip sudah tidak lincah seperti dulu

    Penurunan berat badan Hafiz Suip sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi kesan kepada kualiti persembahan secara langsung di atas pentas.

    Memetik dari mStar, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, berkata, meskipun badannya semakin ringan namun pergerakannya di atas pentas semakin terbatas berbanding sebelum ini.

    “Selepas saya kurus memang ada perubahan dalam persembahan saya. Perubahan dari segi pergerakan saya lebih terbatas.

    “Kalau dulu masa berisi, saya boleh terkinja-kinja di atas pentas. Saya boleh terjun pentas, guling-guling dan melompat.

    “Tetapi sekarang ini saya perasan, saya sudah kurang aktif tak seperti dulu,” katanya kepada mStar.

    Bagaimanapun, ketika ditanya adakah ia turut memberi kesan kepada kelunakan suaranya, Hafiz menidakkan perkara itu.

    Menurut penyanyi lagu Awan Nano itu, setakat ini suaranya masih kekal sama dan tidak berubah walaupun tubuhnya semakin kecil.

    “Suara saya Alhamdulillah tiada kesan. Masih sama sebelum ini,” ujarnya.

    Sebelum ini, penurunan berat badan mendadak Hafiz sering kali menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada yang tergamak melemparkan tuduhan jahat kepadanya.

    Bagaimanapun, Hafiz berkata penampilan kurusnya itu adalah disebabkan beliau aktif bersenam di gim dan bukannya disebabkan perkara lain.

    Bagi membuktikan perkara itu, Hafiz sanggup mencari gambar lama di Facebook milik jurulatihnya yang menunjukkan beliau sedang gigih bersenam di gim. – Agensi

    Hafiz memberitahu vokalnya masih berada dalam keadaan baik. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...