Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Campos senjata rahsia Lille

    PARIS, 1 OKT – Sementara Chelsea kendalian Frank Lampard bergelut dengan pengharaman daripada membeli pemain-pemain baharu, lawan mereka dalam saingan Liga Juara-Juara, Lille, telah kembali ke Eropah musim ini sebahagian besarnya hasil kerja pakar perpindahan dari Portugal.

    Luis Campos merupakan rakan bekas bos Chelsea, Jose Mourinho, yang mengetuai perekrutan di kelab Perancis itu sejak 2017 dan telah membantu menubuhkan sebuah pasukan yang diterajui Nicolas Pep, yang menamatkan di kedudukan kedua Ligue 1 musim lepas.

    Keputusan itu membolehkan Lille untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2012, meskipun mereka memasuki perlawanan di Stade Pierre-Mauroy minggu ini dengan cuba menebus kekalahan 3-0 kepada Ajax dua minggu lalu.

    Bagaimanapun, dengan berada di Liga Juara-Juara sudah cukup untuk diraikan bagi sebuah kelab yang tidak menentu 18 bulan lalu, nyaris mengalami penyingkiran dari Ligue 1 susulan kendalian sekejap Marcelo Bielsa sebagai jurulatih. Sejak itu Christophe Galtier telah membantu kelab itu kembali ‘bernyawa’ dan dia mungkin tidak dapat melakukannya tanpa Campos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda