Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Canton Fair ke-136 tarik penyertaan lebih 30,000 syarikat

    GUANGZHOU, 16 OKT – Pameran Import dan Eksport China atau Canton Fair edisi ke-136 membuka tirainya di bandar Guangzhou kelmarin.

    Canton Fair kali ini menyediakan ruang pameran seluas 1.55 juta meter persegi dengan penyertaan lebih 30,000 syarikat pempamer, termasuk hampir 4,600 pempamer baharu melibatkan sektor tenaga baharu, teknologi digital, pembuatan pintar dan sebagainya.

    Sebanyak 1.15 juta produk baharu dipertontonkan sempena pameran berprestij itu, antaranya produk pintar dan digital meningkat tiga kali ganda berbanding edisi sebelumnya dan mencuri tumpuan pembeli antarabangsa.

    Di zon pameran kehidupan pintar, sebilangan produk teknologi canggih seperti robot manusia, peralatan pintar dan kenderaan tanpa pemandu membuat penampilan pertama.

    Selain itu, alatan rumah dan produk elektronik juga merupakan antara produk yang menarik minat ramai pembeli. – Bernama

    Suasana ketika berlangsungnya Pameran Import dan Eksport China ke-136 di Guangzhou, Provinsi Guangdong, selatan China, pada 15 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda