Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Capai kejayaan melalui amalan mampan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Britian Brunei Business Forum (BBBF), baru-baru ini, telah menganjurkan Forum Strategi Mampan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berlangsung di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri.

    Forum tersebut telah menampilkan pakar kemampanan terkenal, pengarang bersama Buku Panduan Perniagaan Mampan dan Ahli Lembaga Bank Baiduri, Profesor David Grayson yang memberikan pandangan kepada PKS ke arah mencapai kejayaan melalui amalan mampan.

    Pada forum itu, Profesor Grayson telah menyentuh mengenai penyediaan penerokaan komprehensif strategi mampan selain menawarkan penyelesaian praktikal untuk PKS yang menghadapi kekangan sumber.

    Beliau turut mencabar penonton untuk melibatkan diri dalam perbualan yang dinamik, berkongsi perspektif dan pengalaman mengenai penyepaduan kemampanan ke dalam model perniagaan.

    Terdahulu itu, Pemangku Pe-suruhjaya Tinggi British, Catherine Pochkhanavala-Cleeve telah menyampaikan ucapan perasmian diikuti dengan penyampaian tanda penghargaan kepada Profesor Grayson bagi pihak BBBF selepas ceramah tersebut.

    Turut hadir pada forum berkenaan ialah Pengerusi BBBF, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim.

    Catherine Pochkhanavala-Cleeve menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Profesor Grayson. – GAMBAR SERAHAN BBBF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...