Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    53 pelajar BJS terima anugerah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seramai 53 pelajar Sekolah Bright Jigsaw (BJS) telah menerima anugerah pada Majlis Malam Penganugerahan dan Persembahan Akhir Tahun 2023 di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’ Seni, baru-baru ini.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian anugerah ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.
     
    Turut hadir Pengerusi BJS, Haji Mohammad Sambas bin Haji Bagol; Pengarah Urusan BJS, Dayang Sitty Wardyna binti Haji Mohammad Sambas; ahli-ahli jawatankuasa majlis, guru-guru, para ibu bapa serta pelajar-pelajar dari KG 1 hingga Tahun 6.
     
    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh guru sekolah, Awang Firdaus, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Guru Besar BJS, Dayang Shazwani bin Haji Shahibulbahri.
     
    Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki PSR dan yang menerima penganugerahan secara amnya pada hari tersebut.
     
      “Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa kadar kelulusan tahun ini telah menyaksikan beberapa peningkatan ketara sebanyak 22.1 peratus, iaitu daripada 41 peratus pada tahun 2022 kepada 63.1 peratus pada tahun 2023, khususnya, dalam pencapaian gred A hingga C lulus merentas kesemua lima mata pelajaran dalam keputusan PSR tahun ini. 
     
    “Selain itu, BJS juga mencatatkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus iaitu daripada 86.3 peratus kadar kelulusan PSR pada tahun 2022 kepada 90 peratus pada 2023. Alhamdulilah,” katanya.
     
    Majlis juga diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada pelajar-pelajar KG 1 sehingga Tahun 6 yang mengimbau nostalgia muzik tahun 1990an.
     
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar pada majlis yang diadakan di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’ Seni, baru-baru ini.
    Antara persembahan yang diadakan semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...