Tuesday, March 4, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Captain America masih paling laku

    LOS ANGELES, 3 MAC— Filem adiwira Captain America: Brave New World terus jatuh tetapi masih mengatasi filem lain.

    Naskhah Disney-Marvel terbaru membawa masuk AS$15 juta lagi menurut anggaran studio kelmarin, apabila kebanyakan perhatian Hollywood tertumpu pada Oscar.

    Filem dibintangi Anthony Mackie dibuka kukuh pada kira-kira AS$120 juta pada hujung minggu tiga hari bulan lepas tetapi menjunam kepada AS$28.2 juta minggu lalu dalam salah satu penurunan paling ketara minggu kedua untuk filem Marvel.

    Ia telah memperoleh AS$163.7 juta sejak dikeluarkan.

    Filem berkenaan dikecam oleh banyak pengkritik dan penonton, mengatakan ia gagal menghidupakan semula siri filem Marvel yang diharapkan oleh beberapa orang.

    Tugas itu kini jatuh kepada filem Thunderbolts pada Mei dan Fantastic Four: First Steps pada Julai nanti. Tetapi Captain America ​​akan menghadapi sedikit cabaran sehingga Mac dan boleh kekal di No 1 untuk seketika.

    Filem lain yang mengekori Captain adalah filem Last Breath dengan kutipan hanya $7.8 juta mengisahkan kisah benar yang dibintangi oleh Woody Harrelson mengenai misi menyelam laut dalam menyelamatkan seorang penyelam muda terkandas kira-kira 300 kaki di bawah permukaan.

    Di No 3 ialah filem The Monkey dan diikuti filem Paddington in Peru berada di tempat keempat. – AP

    Woody Harrelson dalam salah satu adegan daripada filem Last Breath. Filem Captain Amerika masih meraih kutipan tertinggi. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda