Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Caracas diiktiraf bandar Raya kreatif muzik

    CARACAS, 1 NOV – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) semalam mengisytiharkan ibu negara Venezuela, iaitu Caracas sebagai ‘Bandar raya Kreatif Muzik’, lapor Xinhua.

    Sempena Hari Bandar Sedunia yang disambut pada Selasa tahun ini, sebanyak 55 bandar dipilih menyertai Rangkaian Bandar Kreatif, menurut UNESCO dalam satu kenyataan.

    Bandar-bandar baharu ini ‘diiktiraf kerana komitmen mereka dalam menjadikan budaya dan kreativiti sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan dan mempamerkan amalan inovatif dalam perancangan bandar’.

    Pada Julai, Datuk Bandar Caracas, Carmen Melendez berkata bahawa kerajaan telah memohon pengiktirafan UNESCO sempena ulang tahun ke-456 bandar itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...