Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardiff diarah bayar AS$6.5 juta

    LAUSANNE, 1 OKT – Cardiff City mesti membayar kelab Perancis, Nantes dengan bayaran awal berjumlah AS$6.5 juta berhubung perbalahan mereka mengenai pembayaran bagi  yuran perpindahan Emiliano Sala, umum FIFA.

    Jumlah itu merupakan bayaran awal daripada jumlah yuran sebanyak 17 juta euro yang dipersetujui Cardiff untuk dibayar kepada Nantes sebelum Sala terkorban dalam satu kemalangan pesawat pada 21 Januari ketika membuat perjalanan ke kelab baharunya.

    Cardiff sebelum ini memutuskan untuk tidak membayar langsung meskipun perpindahan sudah lengkap sebelum kemalangan.

    Berhubung baki daripada yuran perpindahan yang dipersetujui, FIFA memberitahu AFP bahawa atas sebab ia perkara sulit, mereka tidak boleh memberikan sebarang komen pada peringkat tersebut, mengenai pembayaran ansuran atau mana-mana syarat lain yang dipersetujui.

    Pengumuman dari FIFA itu dibuat susulan satu mesyuarat oleh Jawatankuasa Status Pemain badan tersebut.

    Kedua-dua kelab boleh mengemukakan rayuan mengenai keputusan itu kepada Mahkamah Timbang Tara bagi Sukan, meskipun Nantes dalam kenyataannya menyatakan bahawa ia gembira dengan keputusan FIFA tersebut.

    “Cardiff perlu menghormati komitmen mereka dan peraturan dalam undang-undang sukan,” kata para peguam kelab itu dalam satu pesanan mesej yang dihantar kepada AFP. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 30 Januari 2019 menunjukkan para penyokong Nantes memberikan penghormatan kepada Emiliano Sala di Stadium La Beaujoire. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda