Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Casemiro akan terlepas perlawanan Liga Perdana pasukan seterusnya

    MANCHESTER, 30 OKT – Pemain tengah Manchester United, Casemiro akan terlepas perlawanan Liga Perdana Sabtu ini menentang Sheffield United kerana kecederaan, kata kelab itu kelmarin.

    Pemain antarabangsa Brazil itu kekal di negara asalnya untuk pulih daripada apa yang disifatkan sebagai ‘isu kecil’ semasa bermain untuk pasukan kebangsaannya dalam kelayakan Piala Dunia menentang Venezuela dan Uruguay.

    United berkata keputusan untuk kekal di Brazil adalah berdasarkan nasihat kelab ‘untuk pulih secepat mungkin’.

    Casemiro mengharungi permulaan musim yang sukar dan dibuang padang selepas menerima sepakan penalti dalam kekalahan 3-2 United dalam Liga Juara-Juara menentang Galatasaray pada awal bulan. Dia kemudiannya digantikan pada separuh masa perlawanan berikutnya — kemenangan 2-1 ke atas Brentford — selepas kesilapannya membawa kepada gol untuk Mathias Jensen.

    United berkata Casemiro, yang digantung perlawanan Liga Juara-Juara Selasa menentang Copenhagen, dijangka kembali ke pusat latihan kelab itu awal minggu depan.

    Sergio Reguilon, yang terlepas empat perlawanan terakhir kerana kecederaan, telah kembali menjalani latihan.

    Sofian Amrobat juga dalam latihan pada kelmarin selepas terlepas perlawanan Maghribi baru-baru ini menentang Liberia dan Ivory Coast. – AP

    Casemiro semasa sidang akhbar sebelum sesi latihan di Cuiaba, Brazil, Rabu, 11 Oktober 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...