Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Castro presiden wanita pertama Honduras

    TEGUCIGALPA, 28 JAN – Xiomara Castro mengangkat sumpah kelmarin sebagai presiden wanita pertama Honduras, berikrar untuk memperbaharui negara yang dilanda jenayah dan kemiskinan itu menjadi ‘negara sosialis dan demokratik’.

    Castro, 62, mengangkat sumpah pada majlis besar-besaran yang dihadiri orang kenamaan antarabangsa selepas seminggu bertelagah dalam partinya yang mencabar kuasanya.

    Dalam ucapan rasmi pertamanya di Stadium Nasional Tegucigalpa, Castro mengutuk ‘tragedi sosial dan ekonomi yang dihadapi Honduras’ dan berjanji akan berusaha untuk meningkatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan pekerjaan.

    Menurutnya, dia mewarisi sebuah negara ‘muflis’ yang dia berhasrat untuk membentuk semula menjadi ‘negara sosialis dan demokratik’.

    Hutang awam Honduras adalah kira-kira AS$17 bilion.

    Ikrar itu dilafazkan di hadapan Hakim Karla Romero, diapit oleh presiden Kongres pilihan Castro, Luis Redondo, yang menyarungkan selempang presiden ke atasnya di hadapan kira-kira 29,000 orang.

    Tetamu termasuk Naib Presiden AS, Kamala Harris, Raja Felipe VI dari Sepanyol dan Naib Presiden Taiwan, William Lai.

    Pemilihan Castro pada November lalu menamatkan peme-rintahan sayap kanan Parti Kebangsaan (PN) selama 12 tahun selepas penyingkiran suaminya, Manuel Zelaya sebagai presiden dalam rampasan kuasa 2009. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda