Friday, January 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS catat jumlah kematian tertinggi

    WASHINGTON, 1 APRIL – Wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah kematian tertinggi setakat ini dengan 865 kes dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu hingga lewat malam semalam.

    Berdasarkan jumlah yang dikumpul oleh Johns Hopkins University, jumlah kematian di AS ialah 3,873 pada 8:30 malam Selasa di negara berkenaan, berbanding 3,008 kes pada 8:30 malam Isnin lalu.

    AS kini mempunyai 188,172 kes positif, jauh lebih tinggi berbanding Itali, Sepanyol dan China.

    Sementara itu, Presiden AS Donald Trump semalam memberi amaran bahawa negara itu akan berdepan dua minggu yang ‘sangat memerit-kan’ susulan gelombang wabak COVID-19 yang mungkin boleh menyebabkan kematian sehingga 240,000 orang.

    Trump dalam satu sidang media di Rumah Putih menggesa penduduk AS lebih bersedia menghadapi detik sukar berkenaan.

    “Ia boleh menjadi sangat memeritkan, dua minggu yang amat sukar.

    “Saya mahu setiap warga Amerika untuk bersedia menghadapi hari-hari yang sukar ini,” katanya. – AFP

    Dr Anthony Fauci, pengarah Institut Nasional Alergi dan Penyakit Berjangkit, bercakap mengenai koronavirus di Rose Garden Rumah Putih di Washington sambil diperhatikan oleh Presiden Donald Trump. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda