Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavs akhiri sumpahan Januari

    LOS ANGELES, 2 Feb – Juara NBA, Cleveland Cavaliers meletakkan kekecewaan bulan Januari mereka di belakang semalam, dengan menghasilkan kemenangan menarik 125-97 ke atas Minnesota Timberwolves.

    Kyrie Irving menghasilkan 14 asis dan menambah 14 mata, dan pemain bintang LeBron James menambah 27 mata dan 12 asis bagi pasukan Cavs yang bergelut bagi 7-8 pada bulan pertama tahun ini.

    Asis 37 keseluruhan pasukan itu adalah yang tertinggi dalam semusim, dan mereka menjaringkan lebih banyak mata dalam perlawanan sejak kemenangan 7 Disember di gelanggang sendiri ke atas New York Knicks.

    “Adakah kami akan mencatatkan 37 asais pada setiap malam? Tidak. Kami perlu menghasilkan jaringan, tetapi cara Kyrie menggerakkan bola, diri saya, membolehkan pemain lain terlibat, para pemain merasa bagus apabila bola ada kepada mereka dan mereka hanya mengunci dan menjaringkan,” kata James.

    “Kami perlu meneruskan melakukan tugasan yang bagus dan melihat apa yang berlaku.”

    Pemain Timberwolves, Karl-Anthony Towns (32) dihalang oleh Tristan Thompson (13) dan LeBron James dari Cleveland Cavaliers dalam aksi separuh masa kedua NBA. – AP
    Pemain Timberwolves, Karl-Anthony Towns (32) dihalang oleh Tristan Thompson (13) dan LeBron James dari Cleveland Cavaliers dalam aksi separuh masa kedua NBA. – AP

    James berkata pada latihan pagi, dia memberikan tumpuan untuk membolehkan Cavs beraksi seperti pasukan juara, selepas meminta pengurusan untuk menambah pemain utama bagi mengisikan kekosongan jadual.

    Pasukan Cavalier telah menemuduga beberapa ejen bebas petang semalam, walaupun jurulatih Tyronn Lue enggan mengulas mengenai peluang mereka akan ditandatangani.

    “Kami hanya terus mencari jalan untuk lebih baik,” kata Lue. “Hanya memulakan proses melihat dan mencari apa yang boleh kami perolehi.”

    Tristan Thompson menjaringkan 18 mata dan menghasilkan 14 ‘rebound’, Channing Frye menjaringkan 18 mata dalam menggantikan Kevin Love, yang sekali lagi tidak beraksi kerana sakit belakang.

    Sementara itu pasukan Cavs mendahului Eastern Conference pada kedudukan 33-15, mereka tidak mungkin menghampiri pasukan dominan seperti Golden State Warriors yang berada dalam West. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda