Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cawan teh emas AS$65,000 dicuri

    TOKYO, 12 APRIL – Sebuah cawan teh emas bernilai lebih 10 juta yen (A$65,000) telah dicuri dari sebuah kedai Jepun selepas ia dipamerkan dalam kotak yang tidak berkunci kelmarin.

    Cawan teh, yang diperbuat daripada emas tulen 24 karat, hilang dari kedai Tokyo di rangkaian gedung utama Takashimaya, di mana berlangsung pameran barangan emas untuk dijual diadakan.

    Cawan teh yang dicuri itu adalah antara yang paling mahal di antara lebih 1,000 keping peralatan teh, pinggan mangkuk dan artifak bersinar yang dipamerkan.

    Rakaman keselamatan menunjukkan seorang lelaki menyimpan cawan di dalam begnya sebelum melarikan diri, lapor media tempatan, dengan polis sedang memburunya.

    Pameran akan diteruskan tetapi Takashimaya akan mengukuhkan kawalan keselamatannya, kata jurucakap gedung itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...